Kecoh bila Pas Kedah tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) baru yang boleh membendung syiah. Sebenarnya, RUU tu untuk menghindari sebarang ajaran sesat di Kedah, sebab itu ianya dipersetujui dan dikuatkuasakan.
Selain dari 4 mazhab utama dunia, Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi, rakyat Kedah yang beragama Islam tidak dibenarkan mengamal sebarang ajaran Islam lain yang bertentangan dengan 4 mazhab utama ni, untuk pengetahuan pembaca, syiah bukan mazhab dan bukan juga agama lain. Cuma kita menganggap ia satu ajaran Islam yang telah songsang!
Jika Kerajaan negeri memandang syiah sebagai satu agama lain, maka ia sudah terkeluar dari Islam dan kebal pada RUU yang baru tu. Sebab Kerajaan negeri tidak menghalang sebarang ajaran agama lain untuk dianuti, selagi ia tidak menganggu rakyat Kedah yang beragama Islam.
Maknanya, RUU tu memang bagus untuk mencegah umat Islam dari terkena ajaran sesat. Kalau ada pun kita boleh tangkap, jadi kenapa 9 orang Adun Pas tu tidak menyokong?
Adun Pas tidak menyokong RUU baru tu disebabkan mereka takut pengamal ajaran syiah di Kedah akan dikenakan undang-undang syariah baru tu. Pas memang jaga 'syiah' sebab puak ni yang memberi undi kepada Pas.
Ana beri undi pada ente, ente jaga ana punya punggun la!
Sebab tu, Adun Pas terpaksa menolak RUU baru yang boleh mencegah syiah, tapi untuk menafikan mereka menolak RUU baru tu dan kaburkan rakyat Kedah kononnya mereka menyokong syiah, mereka sengaja berdolak dalih kononnya hudud lebih penting dari RUU baru tu, sebab tu mereka menolak RUU baru tu, kononnya tak mesra hudud!
Baca bawah ni Mc bagi contoh,
Cerita dia macam ni, kita bercakap tentang hal nak tangkap pengedar dadah, sebab dadah tu bahaya, lepas tu Kerajaan negeri buat RUU baru untuk tangkap pengedar dengan lebih berkesan. Sudah tentu, RUU baru tu takkan disokong oleh penagih dadah! Betul? Maka penagih pun buat bantahan, atas alasan, belacan lebih busuk dari dadah! Sedangkan belacan tu halal dan boleh dimakan!
Macam tu lah yang terjadi sekarang ni. Pas cuba spin akan kebenaran..dengan membuat alasan yang bukan-bukan.
Apa kaitan RUU cegah syiah dengan hukum hudud? Kalau benar Pas nak hudud, 5 tahun memerintah Kedah, kenapa tak bentangkan RUU baru yang 'mesra hudud' di Kedah? Sidang DUN pertama Kerajaan BN Kedah, terus bentangkan RUU baru, kenapa Pas tak pernah buat?
Malah RUU baru tu, dipersetujui oleh Datuk Mufti Kedah sendiri.. apa Pas dah tak percaya akan Datuk Mufti dalam hal ni?
Pas bab sokong syiah, Datuk Mufti pun depa tolak tepi!
McTheory:
Apa pulak Amirudin nak spin lepas ni?