Sabtu, 19 Mac 2011

SERAH DNA!! HARUN SEDIA NASIHATKAN ANWAR!!



KUALA TERENGGANU  Mac – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.

Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya sedia beri pandangan kepada Anwar kalau dia mahu jumpa saya. Kalau dia datang dan tanya (pandangan sama ada perlu serah sampel DNA atau sebaliknya), saya akan berikan pandangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun mengulas desakan banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar segera menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat jika beliau betul-betul tidak bersalah.

Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan, rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.

Namun begitu, beliau berharap agar sampel DNA yang diserahkan oleh Anwar tidak disalah guna oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu ‘diperangkap’ walaupun terbukti tidak bersalah.

“Saya rasa, mungkin beliau takut kalau sampel DNA yang beliau serah kepada mahkamah akan disalah guna oleh pihak lain. Saya juga bimbang kalau itu berlaku,” jelasnya. -Utusan

Mctheory:
Nak pujuk-pujuk pulak.. manja la pak Syeikh..

Tiada ulasan: