Blog Top Sites

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Sabtu, 1 Oktober 2016

Benarkah Mukhriz GAGAL Laksana AKUJANJI BN Kedah?

sekadar hiasan

Terbaca kenyataan Shaiful Hazizy, Setpol MB Kedah paling poyo diakui oleh Ketua Pemudanya sendiri.

Sebelum kita soal 'Pon beruang' (nama gelaran semasa dia belajar dulu) sukacita penulis nak maklumkan bahawa, persoalan yang diwujudkan oleh Pon, sebenarnya membuka pekung dan memalukan diri sendiri.

Bagaimana seorang yang dilantik sebagai Setpol Menteri Besar boleh ketinggalan 'soalan dewan' yang diajukan oleh YB Teoh Bon Kok dan dijawab oleh YB Exco sendiri pada bulan April yang lepas.

Untuk rujukan semua, bulan April, Kerajaan negeri Kedah sudah diterajui oleh Menteri Besar yang baru.

Sepatutnya Pon perlu peka atas perkara ini. Dalam jawapan YB Exco terbabit, beliau menegaskan bahawa Kerajaan BN Kedah telah melaksana 82 dari 92 AKUJANJI BN negeri. Hanya ada 10 saja lagi belum dilaksanakan kerana ianya melibatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan beberapa perkara lain.

Jawapan YB Exco itu pada bulan April yang lepas. Kiranya baru 3 bulan tukar MB. Takkan Pon nak kata, dalam masa 3 bulan, MB baru dah laksanakan lebih 82 AKUJANJI BN di Kedah? Guna lampu ajaib aladin ke?

Jadi ini dari mana Pon dapat maklumat kononnya Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir tidak laksanakan AKUJANJI BN Kedah? Sambil baring atas tilam, atau sambil minum kopi di Starbuck?

Penulis akui, memang ada projek yang tidak dilaksanakan lagi. Terutamanya '6 Projek Ikonik Kedah' tapi projek ikonik tidak termasuk dalam senarai AKUJANJI BN negeri. Ianya hanya projek tambahan bagi memajukan sekaligus merubah terus taraf dan ekonomi negeri Kedah.

Projek Ikonik itu juga, sudah ada yang telah diluluskan dan menunggu peruntukan dari Persekutuan untuk dilaksanakan. Malah ada juga yang belum diluluskan, walaupun Kerajaan negeri sudah memberitahu bahawa, ianya mampu dilaksana dengan mengunakan sumber kewangan alternatif. Jadi tidak timbul projek ini gagal dibuat, kerana proses kearah melaksana tu sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Bagaimana Shaiful Hazizy seorang SETPOL MB, tidak mempunyai maklumat seperti ini?

Patutlah Dato' Seri Ahmad Bashah terumbang ambing sekarang. Kerana beliau memilih Setpol yang salah dan orang ini tidak layak untuk memegang jawatan besar. Jadi tak hairanlah, jika sekarang ada ura-ura gerakan mahu menukar Setpol MB, walaupun hanya baru beberapa bulan, Pon duduk dikerusi empuk tersebut.

Lihat sajalah apa yang terjadi pada Pemuda UMNO Kedah? Ada kejayaan yang boleh dibanggakankah? Berapa ahli baru dan daftar mengundi yang telah mereka lakukan? Berani umum dan dedah?

Penulis percaya, angkanya amatlah menyedihkan.

Isnin, 5 September 2016

Keadaan Kewangan Negara dalam keadaan GENTING!



SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.
Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang.

Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat.

Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020.

Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu perbezaan antara hasil dan perbelanjaan, dapat dikurangkan daripada 6.7 peratus pada tahun 2009 kepada 3.2 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu juga hutang kerajaan melambung kerana meminjam dengan banyak untuk membiayai pembangunan. Akibatnya jumlah terkumpul hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada akhir Jun lalu.

Ini adalah angka rasmi yang disiarkan di internet oleh Bank Negara dan dikemaskinikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum ulang tahun Hari Kebangsaan ke-59.

Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara dan mencecah had pinjaman yang Mohd Najib sendiri tetapkan iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib, hutang kerajaan berbanding KDNK adalah 41.24 peratus. Nisbah ini lebih rendah pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan menjadi tambah meruncing sejak sembilan bulan terakhir sehingga Jun tahun ini. Dalam tempoh itu, hasil kerajaan lebih rendah daripada belanja mengurus. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam bahasa yang mudah, hasil yang kerajaan pungut tidak pun cukup untuk membayar gaji kakitangan awam, menyelenggarakan harta awam dan membayar balik hutang. Hatta pungutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun telah jatuh di bawah jumlah yang dianggarkan kerana pengguna tidak lagi berbelanja seperti dulu.

Hasil kerajaan pada umumnya hanya cukup untuk belanja pengurusan. Kos pengurusan tinggi kerana bilangan kakitangan awam ramai dan gaji yang mereka terima boleh dikira lumayan berbanding jumlah penduduk dan hasil kerajaan. Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi pun datang daripada sumber yang sama. Untuk membangunkan negara kerajaan terpaksa berhutang. Akibatnya hutang kerajaan sangat besar.

Dalam kedua-dua aspek perbelanjaan ini – pengurusan dan pembangunan – berlaku pembaziran yang besar akibat kelemahan pentadbiran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Satu lagi tanda bahawa kewangan kerajaan semakin meruncing ialah apabila kerajaan mula bermain dengan pengubahsuaian teknikal bagi memberi gambaran bahawa hasil meningkat dan hutang berkurangan.

Misalnya, baru-baru ini kerajaan memindahkan hutang perumahan kakitangan awam sebanyak RM22 bilion kepada sebuah badan berkanun baru bernama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Untuk mencari modal ia berhutang RM25 bilion dengan menjual bon yang dijamin oleh kerajaan.
Pemindahan dari tangan kanan ke tangan kiri itu telah mengurangkan nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK sebanyak kira-kira dua peratus.

Tetapi sebaik saja hutang itu dikurangkan, kerajaan meminjam lebih banyak sehingga menyebabkan hutang terkumpul meningkat RM29 bilion dalam suku kedua tahun ini.

Natijahnya kerajaan wajib kembali kepada ikrar perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan pembaziran, salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah bukan dengan memotong peruntukan kepada sektor kritikal seperti pelajaran, kesihatan dan ekonomi.

Pada masa sama, ia perlu berterus terang dengan rakyat jelata mengenai keadaan sebenar ekonomi. Kerajaan boleh menggunakan jentera propaganda untuk memberi gambaran bahawa segala-galanya terkawal sedangkan kehidupan rakyat jelata semakin terdesak.

Ekonomi tidak berbohong. Wallahuaklam

- A. Kadir jasin -

Sabtu, 3 September 2016

Ekonomi Negara diambang BAHAYA!



#VideoPanas Dato' Mahfuz Omar dedahkan Tengku Razaleigh menyatakan 'NEGARA DIAMBANG BAHAYA' kerana ekonomi dan hutang negara yang telah mencecah RM800 bilion ketika berucap semasa hadir menziarahi makam Almarhum Tengku Abdul Rahman.
Selain itu Dato' Mahfuz Omar turut mendedahkan, Tengku Razaleigh juga menyatakan kuasa rakyat sahaja yang mampu memperbetulkan keadaan yang berlaku sekarang ini.

Haris Che Mat Budak CEQODONG! - Mahfuz Omar



#Video Dato' Mahfuz Omar dengan berseloroh membidas bekas Pegawai Khas Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Haris Che Mat yang dianggapnya 'BUDAK CEQODONG' dalam politik yang memalukan orang di kawasan Pokok Sena.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Parti BERSATU akan berbincang dengan PAS!



#Video maklumbalas Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir apabila wartawan bertanya tentang hubungan diantara kepimpinan penaja BERSATU dan PAS.

- Hubungan kepimpinan penaja BERSATU dengan PAS baik sebenarnya kerana kepimpinan BERSATU tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa masalah dengan PAS.

- Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir tiada mempunyai apa-apa masalah sekiranya berpeluang untuk duduk berbincang dengan wakil-wakil PAS Kedah atau negeri-negeri lain.

- Perbincang secara 'tidak rasmi' dengan PAS pernah berlaku, namun Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berharap dapat duduk semeja dengan PAS secara rasmi untuk berbincang setelah pendaftaran BERSATU diluluskan.

Sabtu, 13 Ogos 2016

Sokong Mukhriz Keluar Dari UMNO?


Mengikut kata-kata dari Johari Baharum, kalau sesiapa yang sokong Mukhriz kena keluar dari UMNO. Johari sedarkah apa yang dia kata ni. Jangan dok cabar ikut suka la Johari oii.. tahukah hang bahawa, senarai keahlian ahli UMNO diseluruh negara dah lama tak dikemaskinikan. Orang yang meninggal 5 tahun lepas pun masih ada dalam senarai tu.

Sebab tu bila senarai dihantar ke cawangan-cawangan, ada nama yang dah meninggal masih wujud dalam rekod. Walaupun cawangan dah hantar info kata orang tu meninggal setiap kali senarai dihantar.

Kenapa UMNOhq tidak kemaskinikan data ahlinya?

Mengikut maklumat yang aku terima, jika UMNOhq kemaskinikan maklumat senarai ahli UMNO. Akan banyak cawangan UMNO di negeri-negeri yang akan dibubarkan. Lebih-lebih lagi di Selangor. Sebab tak ramai anak muda yang menyertai UMNO tapi yang meninggal dunia, takkan kita boleh nak tahan-tahan tak bagi orang meninggalkan.

Jadi, senarai ahli UMNO pun dibiar bersawang tanpa kemaskini. Sekarang terjadi krisis dalam UMNO, sudah tentu, jumlah ahli akan semakin berkurangan. Teringgin nak lihat UMNOhq kemaskinikan senarai ahli, apakah masih 3 juta ataupun, sudah banyak terjejas.

Sebab tu bila Ketua Bahagian Kubang Pasu, cabar macam tu, ramai yang gelak dan ketawa, kata Johari ni tak sedaq lagi.

Mungkin itu saja cara untuk dia kekal sebagai Timbalan Menteri, kerana setakat sekarang, bagai tak nampak dia wujud dikementerian tersebut. Hanya pelengkap atas kertas, atau diberi ganjaran kerana sering mengkritik Tun dimedia perdana.

Assalammualaikum, perjuangan baru bermula #BERSATU


Assalammualaikum, InshaAllah aku akan aktifkan semula blog Kedah Ke KL yang dah bersawang ni. Mulakan perjuangan baru untuk menentang korupsi dan pemerintahan yang tidak adil.

Nantikan ulasan dan teori politik tanah air terkini daripada kami Admin Kedah Ke KL.

#BERSATU

Selasa, 26 April 2016

Kerajaan Negeri dan Persekutuan Perlu Serius Dalam Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim - @MukhrizMahathir



Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mempertikaikan apakah Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan, tidak serius untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Kerana mengikut jawapan dari Exco Pengangkutan, jika Kerajaan Persekutuan tidak membantu atau berminat dengan projek tersebut. Kerajaan negeri akan membatalkan projek berkenaan.

Jika projek tersebut dibatalkan, ia merupakan satu kerugian besar kepada rakyat Kedah, kerana projek KXP merupakan penjanaan ekonomi baru bagi negeri Kedah. Merubah dari negeri pertanian kepada negeri perindustrian.

Ahad, 24 April 2016

Tengku Sarifuddin saja buat-buat tak faham isu! @MukhrizMahathir


Sekali lagi Tengku Sarifuddin tidak memahami isu sebenar. Malah, dia mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali bilamana beliau mendakwa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk memenuhi cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Yang pertamanya, saya ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan tidak seperti seorang Ahli Parlimen, saya tidak layak memegang sebarang jawatan Persekutuan, melainkan dilantik sebagai Senator. Begitupun, apakah kebarangkalian seorang PM melantik seseorang sebagai Senator semata-mata untuk mengangkat beliau ke jawatan Perdana Menteri?

Keduanya, jawatan Naib Presiden tidak menjamin penyandangnya akan menjadi Perdana Menteri. Jangankan jawatan tertinggi, sebagai seorang menteri pun belum pasti, sepertimana yang boleh diperakui Dato’ Seri Shafie Apdal.

Yang ketiga, tidak semestinya seorang bergelar Yang Berhormat sahaja layak bertanding jawatan Naib Presiden, sekaligus menyangkal pendapat bahawa semua Naib Presiden semestinya menyimpan cita-cita untuk memegang jawatan tertinggi kerajaan Malaysia. Yang dimaksudkan, Ali Rustam.

Begitu jelas sekali bahawa serangan dan kutukan silih berganti yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Seri Shafie dan saya sendiri bertujuan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu-isu sebenar dan perlakuan jenayah iaitu berbilion wang 1MDB yang lenyap, yang mengaitkan secara langsung Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihatnya; jutaaan wang milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri; dan wang RM2.6 bilion atau berapa jumlah sebenar yang dengan begitu murah hati “didermakan” oleh seorang putera raja sebuah negara yang sedang berusaha meminjam sebanyak USD10 bilion daripada bank-bank antarabangsa.

Eloklah Perdana Menteri merombak barisan pegawai-pegawainya kerana strategi-strategi Perhubungan Awam mereka tidak membantu beliau sedikit pun. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan telah menghakis sedikit kredibiliti yang beliau masih miliki. Tetapi, beliau sebenarnya sudah tidak wibawa.



YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
Ketua UMNO Bahagian Jerlun

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review